fbpx

3,559 kes sembuh Covid-19 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,559 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,762,608 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian pula mencatatkan 4,066 kes termasuk 442 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,840,225 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 50 kes (1.2 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 4,016 kes (98.8 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 13 kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster tamat sebanyak 6,084 kluster serta 244 kluster aktif dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 131 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 65 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI