fbpx
Aliff Aziz (kiri) dan Nikki Palikat

Netizen harap Nikki juara, masih ‘trending’ sampai pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perkataan ‘GegarVaganza8’ dan ‘Nikki’ menjadi sohor kini di laman sosial, Twitter hari ini susulan konsert akhir rancangan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Hasil daripada keputusan pemenang yang diumumkan, Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara sekali gus berjaya menundukkan lima peserta lain, terutama Nikki Palikat dan Suki Low yang menjadi sasaran pemenang utama oleh orang ramai.

Walau bagaimanapun, sejak malam tadi menerusi laman Twitter, dua perkataan tersebut telah mendapat lebih 23,300 ciapan susulan keputusan pemenang GV8 itu.

Rata-rata peminat dunia seni mengharap gelaran juara GV8 akan diberikan kepada Nikki yang hanya berada di kedudukan naib juara.

Dalam pada itu, Rinnsyazana turut kecewa dengan keputusan senarai pemenang yang diumumkan dan berharap agar ia milik Nikki disebabkan persembahan yang ditampilkan lebih menarik daripada yang lain.

“Nikki lebih layak untuk jadi juara berbanding pemenang yang diumumkan,” ciapnya.

“Setiap musim senarai pemenang rancangan Gegar Vaganza mesti di luar jangkaan, yang patut juara dapat tempat bawah, yang kurang memberi, itu juga yang dipilih,” ciap Nasuha Kamil.

Selain itu, seorang lagi pengguna tetap merasakan bahawa peserta kegemarannya, Niki Palikat adalah juara pada malam konsert akhir GV8.

“Nikki yang terbaik, walaupun bukan juara GV8, tapi juara untuk kami semua peminat seni. Anda akan terus menjadi hebat,” ciap FazrinLala. – K! ONLINE

POPULAR