fbpx

Lima juta benih ikan bakal dilepaskan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Hamzah (dua dari kanan) melepaskan benih ikan ke dalam sungai pada Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum Sungai Batang Padang di Kampung Dusun Muda, Tapah hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

TAPAH – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perikanan (DOF) bercadang melepaskan lima juta benih ikan air tawar di sungai-sungai di Perak tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, pelepasan benih ikan yang terdiri daripada pelbagai spesies tersebut akan dilepaskan secara berperingkat-peringkat.

Menurut beliau, ia sebahagian daripada langkah diambil kerajaan dalam menambah habitat ikan air tawar yang semakin berkurangan memandangkan ia merupakan sumber rezeki kepada nelayan darat.

“Disebabkan beberapa keadaan yang tidak dapat dielakkan populasi ikan (air tawar) semakin berkurangan terutamanya kehadiran ikan-ikan yang tidak diingini berada di dalam sungai.

“Jadi MAFI melalui jabatan perikanan bercadang melepaskan lima juta benih ikan di dalam sungai-sungai di Perak dan kita harap cara ini akan dapat menambah populasi ikan air tawar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan 10,000 benih ikan lampan dan terbul pada Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum Sungai Batang Padang, di Kampung Dusun Muda, di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI