fbpx

Hilux bawa dadah RM27.3 juta terjunam masuk tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani (kiri) menunjukkan sebahagian bungkusan dadah bernilai RM27.3 juta pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas hari ini. - Foto YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas tiga jenis dadah bernilai RM27.3 juta selepas menahan sebuah trak pikap yang terbabas dan terjunam masuk ke dalam tali air di Kampung Padang Embun di sini semalam.

Rampasan dadah jenis syabu seberat 300 kilogram, pil kuda (1.6 juta biji) dan ganja (200 kilogram) itu dilakukan hasil maklumat yang diterima oleh PGA.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota yang membuat rondaan telah mengesan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux.

Menurutnya, kenderaan itu dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di persimpangan lampu isyarat Kampung Lemal di sini.

“Anggota PGA mengarahkan pemandu untuk berhenti, namun lelaki itu memecut kenderaannya. Sepanjang 10 kilometer mengejar suspek, anggota PGA telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar bertujuan untuk menghentikan kenderaan tersebut.

“Tembakan itu telah menyebabkan trak pikap itu terbabas dan terjunam dalam tali air di Kampung Padang Embun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Hazani memberitahu, pemandu kenderaan itu berjaya keluar dan melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Volkswagen Golf Gti dipandu seorang lelaki.

Pemeriksaan ke atas trak pikap itu membawa kepada penemuan bungkusan berisi dadah.

Polis kini mengesan dua lelaki iaitu Mohd. Nasarudin Hassan, 59, dan Amin Kassim, 42, bagi membantu siasatan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI