fbpx
Mudah memaafkan menjadi senjata Bella dan suaminya, Aliff kekal bersama hingga ke hari ini.

Mudah memaafkan rahsia Bella Astillah, suami kekal bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah suatu ketika dahulu menjadi bualan ramai apabila Aliff Aziz kantoi curang sebanyak tiga kali sepanjang perkahwinan.

Namun begitu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, sentiasa kuat untuk memberi kemaafan dan menerima semula Aliff dengan hati yang terbuka.

Susulan itu, ramai para isteri diluar sana yang kagum dengan kekuatan yang ditonjolkan Bella sambil mendedahkan prinsip dipegang ketika menghadapi dugaan rumah tangga.

“Ketika Bella membesar ada beberapa kesalahan yang Bella lakukan terhadap kedua ibu bapa, namun mereka sentiasa memaafkan segala kesalahan saya.

“Kita suka duduk dan berbincang, kita tiada nak fokuskan siapa lagi banyak melakukan kesalahan,” katanya dalam sesi siaran langsung Instagram bersama Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad dan Abu Talib Hussin.

Bella yang juga ditemani suaminya Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 31, berkata, sifat pemaaf  penting bagi meneruskan kelangsungan hidup dan alam rumah tangga yang lebih bahagia.

“Berbalik kepada diri sendiri, kita pun tidak sempurna dan banyak cacat cela. Jadi saya fikir siapalah saya untuk terus menghukum Alif, baik saling membantu antara satu sama lain.

“Jika saya berterusan tidak memaafkan Alif, apa yang saya akan dapat. Ramai merasakan itu perkara yang susah namun jika kemaafan itu daripada hati yang ikhlas, kita sendiri akan rasa tenang,” ujarnya.

Dalam pada itu, pasangan itu baru-baru ini dilihat semakin bahagia dan kedua-duanya mengaku banyak mendekatkan diri dengan belajar ilmu keagamaan.

Bella juga dilihat setia menemani Aliff sepanjang pertandingan Gegar Vaganza 8 (GV8_) yang mana Aliff kembali menjadi perhatian ramai selepas mendapat markah tertinggi untuk dua persembahannya seterusnya menempah tempat di konsert akhir GV8 Ahad ini. – K! ONLINE

POPULAR