fbpx

Messi perlu pulang ke pangkuan Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kiri) jarang mendapat minit permainan selepas berhijrah daripada Barcelona ke PSG musim ini. – AFP

BARCELONA – Tonggak berpengalaman Barcelona, Dani Alves percaya pemenang tujuh gelaran Ballon d’Or, Lionel Messi membuat kesilapan terbesar dalam kariernya apabila memilih untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) musim ini.

Apa tidaknya, Messi dilihat lebih banyak ‘berbulan madu’ di kota Paris berbanding mempamerkan magisnya di atas padang apabila dia sekadar bermain 16 perlawanan dengan PSG termasuk 11 aksi Ligue 1 dan lima kempen Liga Juara-Juara.

Ia sesuatu yang janggal melihat situasi dihadapi pemain bertaraf legenda seperti Messi yang tidak pernah beraksi kurang daripada 40 perlawanan semusim sejak kali terakhir ketika bersama Barcelona pada musim 2007/2008.

Alves, 38, merasakan Messi perlu kembali ke Barcelona untuk memimpin pemain-pemain muda ketika ini memandangkan situasi kewangan The Catalans juga dilihat beransur pulih.

“Messi adalah pemain terbaik dalam sejarah bola sepak. Agak pelik berada di sini tetapi anda tidak melihat Messi dalam bilik persalinan atau di atas padang.

“Kadang-kadang ia tidak berlaku seperti yang kita impikan. Namun, saya sudah beritahunya (Messi) bahawa dia tidak akan gembira berada di mana-mana selain di sini.

“Dia pernah beritahu perkara sama ketika saya meninggalkan Barcelona. Ia sesuatu yang amat manis jika Messi kembali menamatkan kariernya di sini,” kata Alves.

Ia bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat kepulangan Messi kerana Alves sendiri kembali ke Camp Nou pada usia 38 tahun selepas meninggalkan kelab itu dengan menyertai Juventus pada 2016. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI