fbpx

Watsons hasilkan filem sempena Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOH pada majlis pelancaran sambutan Tahun Baru di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Watsons mengalu-alukan sambutan Tahun Baru dengan tema pe­rayaan #HappyBeautifulYear serta mengeluarkan filem Tahun Baharu Cina bertajuk Watsons: The Grandest #HappyBeautifulYear 2022 yang membawakan kepada konsep perpaduan, kasih sayang dan keterujaan.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, filem itu menonjolkan semangat perpaduan dan kerja berpasukan dalam kalangan ahli ke­luarga yang sedang membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina serta menampilkan variasi seni mempertahankan diri yang berbeza.

Menurutnya, filem baharu itu dikeluarkan secara rasmi di saluran media sosial rasmi Watsons termasuk Facebook, YouTube, Instagram dan TikTok.

“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan nombor satu di negara ini, sambutan perayaan kali ini kembali dengan lebih gah agar ia dapat diraikan oleh semua masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Loh menjelaskan, Watson kini membuat tawaran jualan sehingga 50 peratus bagi pembe­lian produk penjagaan ke­sihatan, penjagaan kulit, penja­gaan diri, ke­perluan dan kosmetik yang boleh didapati di kedai dan juga dalam talian.

“Pelanggan juga boleh berjimat dengan Baucar Kesihatan & Kecantikan bernilai lebih RM168 serta ahli Watsons juga boleh memenangi hadiah bernilai sehingga RM2,888,888 juta yang terdiri daripada 80 produk Samsung dan banyak lagi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI