fbpx

Saya, Dinie tidur sebilik? Logiklah sikit – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA malas melayan fitnah netizen mendakwa dirinya dan kekasih, tinggla sebilik sewaktu bercuti di London baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pelakon Janna Nick enggan melayan tuduhan netizen, kononnya dia tinggal sebilik dengan kekasihnya, Dinie Schatzman sepanjang percutian di London, baru-baru ini.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner berkata, lebih baik dia mementingkan kesihatan berbanding melayan gosip liar yang tidak berasas sebegitu.

Tegas pelakon Misteri Mona itu, dia sebenarnya tidak tidak perlu menjawab fitnah tersebut kerana sepanjang di London, mereka bukan sekadar bercuti, sebaliknya turut melakukan penggambaran sebuah telefilem produksi miliknya. Percutian tersebut juga disertai keluarga serta kakitangan syarikatnya.

“Memang saya ada melihat dan ternampak komen tersebut tetapi saya memilih untuk mengutamakan kesihatan mental daripada mempedulikan sebarang provokasi orang.

“Insan terdekat dan pengikut laman sosial saya tahu saya ke sana atas urusan kerja kerana menjalani penggambaran telemovie London With Love yang tentu saja bukan kami berdua, sebaliknya turut disertai keluarga, pelakon lain dan kru produksi.

“Jadi, saya nak cakap di sini adalah lihat dulu situasi, logikkah saya berbuat sebegitu sedangkan mak saya pun ada. Dia lebih tahu,” katanya keoada Kosmo! Online usai majlis ulang tahun ketiga produk keluarannya, White Fluffy, malam tadi.

Janna juga sedar tidak mampu mengubah pemikiran kotor netizen. Sebagai figura awam, dia terbuka berdepan apa jua komen negatif yang tidak boleh dikawal.

Dalam perkembangan lain, aktres berusia 27 tahun itu bakal memperlahankan kerjaya lakonan untuk tahun 2022 bagi memberi tumpuan terhadap kesihatan.

Dia perlu berehat seketika selepas bekerja keras sepanjang tahun 2021 sehingga penyakit mental yang dihadapinya semakin melarat.

Malah disebabkan kesungguhan mahu menunaikan tanggungjawab di lokasi penggambaran, Janna sanggup mengelak untuk mengambil pil anti kemurungan yang dibekalkan doktor.

“Sebenarnya sebelum ini saya pernah ‘skip’ ubat yang diberikan doktor kerana mahu menumpukan perhatian terhadap tugasan di set penggambaran mengakibatkan keadaan saya jadi teruk.

“Sepatutnya saya perlu ambil ubat tersebut mengikut jadual tanpa culas. Jadi selain kembali mengambil ubat dan jalani hidup sihat, saya harap tempoh berehat ini buatkan saya tak jadi perhatian netizen lagi.

“Nanti kalau keadaan saya sudah bertambah baik, saya pasti akan masuk gelanggang lakonan semula,” kata aktres yang turut bergelar pengarah dan penerbit itu.

Terdahulu, pada April tahun lalu, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu membuat pendedahan mengejutkan perlu berehat daripada media sosial berikutan masalah bipolar yang dihadapinya.

Gangguan mental yang dialami juga hampir meragut nyawa Janna apabila pernah dua kali membuat percubaan membunuh diri pada usia 14 dan 15 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI