fbpx

Yadim tumpu sepenuhnya kepada gerakan dakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasrudin (dua kanan) menyerahkan sumbangan bantuan banjir kepada penerima pada Majlis Penutup Bulan Dakwah 2021 dan Penyampaian Sijil Malaysia Book Of Record Yadim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan mengurangkan bantuan kebajikan kepada orang ramai sebaliknya mahu menggunakan peruntukan bagi memperhebatkan lagi kerja-kerja dakwah kepada masyarakat.

Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, beliau berharap orang ramai tidak salah faham mengenai hasrat itu kerana apa yang penting, fokus utama Yadim adalah gerakan dakwah.

Beliau berkata, ia bukan bermakna Yadim tidak prihatin kepada kerja-kerja kebajikan sebaliknya pihaknya melihat sudah banyak gerakan kebajikan oleh pelbagai agensi dan pertubuhan di negara ini.

“Kalau pun Yadim turun pada program kebajikan, kita akan bekerjasama dengan agensi lain supaya kos yang ada dapat kita jimatkan dan fokus kepada kerja-kerja dakwah.

“Kami dapati tidak banyak agensi atau pertubuhan yang fokus kepada kerja-kerja dakwah di negara ini justeru, biarlah kos yang ada disalurkan kepada gerak kerja dakwah,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup Bulan Dakwah 2021, di sini hari ini.

Katanya, beliau akui masyarakat Islam kini terutama anak muda banyak terdedah dengan gejala sosial dan ajaran salah justeru, ia perlu dibendung dan diberi perhatian sewajarnya.

Nasrudin berkata, bagi bertemu dan menggerakan kerja dakwah ini, ia memerlukan tenaga pendakwah yang ramai dan pastinya ia memerlukan kos yang tinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI