fbpx

Tiga daerah di Sarawak alami cuaca buruk pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga daerah di Sarawak pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan kawasan di Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah.

“Cuaca buruk ini dijangka berterusan sehingga pukul 9 pagi nanti.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, pada 1 Januari lalu, Segamat menjadi daerah pertama di negeri Johor yang terjejas banjir apabila 456 mangsa daripada 133 keluarga dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS).

Bagaimanapun banjir di daerah berkenaan menunjukkan tanda pulih apabila hanya 77 mangsa daripada 24 keluarga sahaja yang ditempatkan di tiga PPS setakat pukul 8 pagi, Ahad lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI