fbpx

‘Sah-sah saya pun tak nak Shuib’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN hasrat mahu menjadi suri hati Shuib seperti sudah ditolak, Vida harap hubungan baik mereka tidak terputus.

PETALING JAYA – Berlapang dada apabila hasrat ingin berjodohan pelakon dan pelawak Shuib sepertinya ditolak, usahawan sensasi Datuk Seri Vida sebaliknya tidak putus asa berdoa agar urusan jodohnya dipermudahkan Tuhan.

Kata pemilik nama lengkap, Hasmiza Othman itu, dia tidak kisah sekiranya hasrat mahu menggantikan kedudukan Allahyarham Siti Sarah dalam hati Shuib tidak kesampaian.

“Tidak mengapa, kita ‘move on’ sahajalah. Kalau Shuib tak nak (berjodohan dengan saya), dah sah-sah, saya pun tak nak juga.

“Namun, saya mendoakan yang terbaik buat Shuib sekeluarga agar bertemu pengganti sesuai mengisi posisi isteri dan paling penting, ibu buat anak-anaknya,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Biarpun hasrat ingin berjodohan seperti ditolak  Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, Vida berharap hubungan baik antara mereka tetap terjalin.

“Saya dengan Shuib memang tiada masalah. Dia seorang usahawan berjaya dan saya juga mencari rezeki dalam dunia perniagaan.

“Saya tak mahu disebabkan isu ini hubungan kami sebagai kawan menjadi keruh. Saya kenal benar Shuib, termasuk arwah isterinya.

“Saya menghormati hasrat dan keputusannya dan sebagai seorang wanita, saya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Banyak lagi perkara yang saya boleh lakukan dan kecapi bersama atau tanpa lelaki bernama suami. Cuma pesan saya, anak-anak memang perlukan kasih sayang seorang ibu dan saya percaya, anak-anak Shuib juga begitu,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Vida, 50, secara terang-terangan membuat pendedahan tidak menolak jika ditakdirkan berjodohan dengan Shuib dan menganggap pelawak itu memenuhi kriteria atau ciri-ciri lelaki idaman yang dicarinya selama ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI