fbpx

Pelekat RFID didakwa ‘terlalu manja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai pengguna kenderaan dikatakan masih belum bersedia dengan RFID (gambar kecil). – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ramai pengguna Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) mempersoalkan mengenai kualiti pelekat terbabit dan berkongsi pengalaman menggunakan sistem itu di media sosial.

Ada yang mendakwa pelekat itu mudah rosak apabila kerap dibasuh dan tidak kurang juga yang memaklumkan ia tidak efi­sien kerana tidak dapat berkongsi dengan kenderaan lain selepas ditampal.

Menurut seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohd Azrie Mat Nor, dia memaklumkan bahawa sudah tiga kali membeli pelekat itu sebelum ini.

Katanya, kali pertama dia membeli pelekat terbabit dan menampalnya di lampu dan cuba lalu di laluan RFID, adakalanya berfungsi dan ketikanya gagal.

“Bila nak ubah kedudukan RFID dah tak boleh, tanggal je terus terkoyak macam cukai jalan.

“Beli lagi kali kedua, kali ini pasang di cermin, itu pun sama adakalanya dapat detect (kesan) ada tak, kereta saya kena undur banyak kali,” luahnya di Facebook.

Mengulas lanjut, Mohd Azrie berkata, suatu hari dia pergi basuh kereta dan mungkin pelekat RFID tertanggal sedikit ketika proses berkenaan.

Berita berkaitan: Orang ramai belum bersedia guna RFID

Berita berkaitan: Jalan sesak akibat RFID

“Akibat dari kejadian itu, pelekat RFID dah tak berapa nak berfungsi, jadi beli lagi yang baru, manja betul pelekat ini. Beli kali ketiga ni tak pasang lagi, tak tau dah nak pasang kat mana.

“Jika Smart Tag tak berfungsi, kita boleh sentuh kad Touch ‘n Go pada ‘panel reader’ dan palang akan terbuka.

“Tetapi kalau RFID ni tak boleh detect (kesan), kita kena undur dan tukar ke laluan Touch ‘n Go. Itu pun kalau ada kad Touch ‘n Go,” katanya.

Turut senada dengan Mohd Azrie adalah seorang lagi pengguna media sosial dikenali sebagai Wen Xiong Ten.

Katanya, RFID satu sistem yang menyusahkan dan Smart Tag lebih bagus daripada sistem berkenaan.

Dalam pada itu Syarikat PLUS Malaysia Berhad dalam satu kenyataan berkata, kakitangan tol akan guna peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID bagi bantu pengguna lebuh raya yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID.

“Jika tag RFID masih ada isu, Touch ‘n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI