fbpx

Nissa Sabyan belajar bersabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NISSA SABYAN

SELEPAS terpalit dengan skandal bersama suami orang, vokalis kumpulan Sabyan Gambus, Nissa Sabyan mengakui tahun 2021 adalah tahun paling pahit yang terjadi dalam hidupnya.

Biarpun heboh terjebak dengan kontroversi tersebut, Nissa masih bertindak mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hubungannya dengan seorang anggota Sabyan Gambus iaitu Ayus.

Kata Nissa, kontroversi tersebut banyak mengajarnya erti sabar dalam menempuh dugaan yang berlaku dalam hidup.

“Pertama saya harus belajar untuk terus bersabar. Saya harus sedar bahawa menjadi seorang artis tidak akan terlepas dengan kontroversi panas,” ujarnya.

Untuk tahun 2022, Nissa akan meneruskan karier nyanyian seperti biasa dan kembali bangkit selepas sekian lama menyepikan diri.

“Saya tidak sabar untuk kembali menyanyi dan menghiburkan peminat di luar sana,” jelasnya.

Dalam satu kenyataannya kepada media Indonesia, Nissa tidak menganggap dirinya menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Ayus walaupun banyak netizen menuduhnya sebagai perempuan murahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI