fbpx

NASA temui planet bersaiz tiga kali ganda daripada Musytari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PLANET baharu itu dikatakan mempunyai 105 unsur yang didapati di Bumi. - Getty Images/Science Photo Libra

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dilaporkan menemui sebuah planet baharu bersaiz tiga kali ganda lebih besar daripada Musytari, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Planet itu dinamakan TOI-2180 b setelah ditemui oleh seorang saintis negara, Tom Jacobs menggunakan data yang dikumpul oleh Satelit Transiting Exoplanet Survey (TESS) milik NASA.

Gergasi gas itu mengorbit bintangnya hanya dalam tempoh 261 hari berbanding Musytari yang mengambil sekitar 12 tahun mengikut masa Bumi untuk mengelilingi Matahari. 

Penemuan itu dilaporkan menerusi Jurnal Astronomi.

Jacobs membuat penemuan itu ketika menjalankan inisiatif Pemburu Planet dengan melihat data yang dikumpul.

Beliau melihat sesuatu yang asing pada Februari 2020 sebelum disahkan oleh dua saintis lain.

“Menemui dan mendokumentasikan penemuan planet TOI-2180 b menunjukkan bahawa kumpulan ahli professional dan saintis negara boleh bekerjasama dengan jayanya.

“Ia adalah sinergi yang baik,’’ jelas beliau.

Para saintis mengatakan bahawa planet itu berkedudukan sekitar 379 tahun cahaya dari Bumi dan mempunyai kira-kira 105 unsur Bumi yang lebih berat daripada hidrogen dan helium. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI