fbpx

Lagi kolej vokasional cetus kluster baharu di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JASIN – Sebuah lagi kolej vokasional di negeri ini dilaporkan mencetuskan kluster baharu Covid-19 apabila seramai 11 pelajar perempuan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin disahkan dijangkiti virus itu, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, jangkitan di institusi pendidikan itu diisytiharkan sebagai Kluster Jalan Kemendor oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, indeks kes tersebut merupakan seorang pelajar berusia 16 tahun yang dikesan positif pada 13 Januari lalu.

“Susulan itu, seramai 70 pelajar yang menginap di asrama yang sama dengan pesakit telah disaring dan hasil ujian mendapati 10 daripadanya positif Covid-19.

“Seramai 26 yang lain disahkan negatif dan 33 lagi masih menunggu keputusan ujian,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Merlimau, Lipat Kajang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kes di institusi itu menjadikan kolej vokasional tersebut yang kedua di negeri mencetuskan kluster baharu selepas selepas Kolej Vokasional Melaka Tengah yang mempunyai 76 kes positif Covid-19.

“Kolej ini masih beroperasi seperti biasa, namun sekiranya jumlah pelajar positif meningkat kita akan mengarahkan supaya ia ditutup.

“Kita masih siasat sama ada kes Covid-19 di dua buah pusat institusi ini berkaitan dengan kes sporadik atau tidak,” katanya.

Ujarnya, kesemua 536 pelajar dan kakitangan di institusi itu akan dikuarantin dan dipakaikan gelang pangawasan sehingga 21 Januari ini.

Terdahulu, Kosmo melaporkan seramai 76 pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah, Bukit Katil di sini disahkan positif Covid-19.

Penilaian risiko mendapati, kemungkinan besar penularan berlaku disebabkan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di tempat berisiko seperti surau dan bilik asrama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI