fbpx

‘Kami perlukan 1,000 pemandu bas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 1,000 pemandu bas diperlukan industri pengangkutan awam di Johor. – Gambar hiasan

KLUANG – Industri pengangkutan awam di negeri ini bakal terjejas sekiranya 1,000 kekosongan jawatan sebagai pemandu bas tidak diisi dengan segera.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Negeri Johor, Datuk Suchdav Jotisroop berkata, pihaknya sudah berusaha merekrut pemandu baharu, namun tawaran gaji yang tidak kompetitif menyebabkan kerjaya itu tidak mendapat sambutan.

Menurutnya, pihaknya hanya mampu menawarkan gaji sekitar RM2,500 hingga RM3,000 sebulan untuk jawatan itu berbanding pesaing daripada syarikat penghantaran yang mencecah hingga RM6,000 sebulan.

“Sebagai pengusaha bas awam kami tidak dapat menaikkan gaji mereka sesuka hati dengan menaikkan harga tiket kerana ia dikawal kerajaan.

“Sebelum ini kami sudah cukup terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga ada yang gulung tikar.

“Apabila dapat beroperasi semula, kami macam tidak cukup nafas kerana banyak permintaan tetapi terpaksa ditolak,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Ken­deraan S&S Sdn. Bhd. dan S&S International Express berkata, sebelum penularan Covid-19, terdapat lebih 4,000 pemandu membabitkan pemandu bas antara bandar, jarak jauh, pelancong dan kilang di Johor.

Bagaimanapun ketika ini ha­nya 1,000 pemandu yang masih bekerja dengan syarikat bas eks­pres dan bas henti-henti.

“Ada pemandu yang berminat tetapi kami terpaksa tapis ke­rana kebanyakan mereka berusia lebih 65 tahun dan tidak dilin­dungi insurans.

“Ada pula pemandu senior yang tidak diambil bekerja kerana bermasalah termasuk mempunyai banyak tunggakan saman.

“Kami memerlukan pemandu tambahan kerana pemandu yang ada juga perlukan rehat mencukupi,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya merayu campur tangan kerajaan bagi menyelesaikan kemelut itu termasuk menggunakan Dana Pembangunan Sumber Manusia untuk membantu melatih pemandu bas muda.

“Kerajaan boleh menggalakkan penganggur atau graduan yang belum mendapat pekerjaan untuk menyertai kerjaya sebagai pemandu bas dengan memberikan latihan, dan elaun khas,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI