fbpx

Saya akan jawab hari Jumaat – Hamidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN menjelaskan bahawa kongres baru sahaja diadakan pada tahun lalu dan peletakan jawatan Exco tidak akan menyelesaikan segalanya.

Oleh SUBKHI SUDARJI

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin akan menjawab segala persoalan dan kritikan netizen serta penyokong terhadap dirinya dan prestasi Harimau Malaya pada Jumaat ini.

Hamidin berkata, semua persoalan tersebut akan dijawab pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025 pada 21 Januari ini.

Menurutnya, beliau tidak pernah lari atau bersembunyi selepas skuad Harimau Malaya gagal mencipta kejayaan pada perlawanan Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura hujung tahun lalu.

“Tindakan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan adalah bagi mengelak salah faham selain saya perlu menjalani tempoh kuarantin yang tamat semalam berikutan baru saja pulang dari luar negara.

“Saya akan jawab hari Jumaat. Saya sayang bola sepak dan netizen ada pandangan mereka. Saya tahu apa yang saya buat.

“Semalam saya potong ge­lang kuarantin dan ada kenya­taan yang keluar cuma saya akan jawab Jumaat ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu FAM di Presint 5, Putrajaya semalam.

Terdahulu, skuad kebangsaan didakwa menampilkan aksi hambar bahkan gagal mencapai sasaran pada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 selepas tersingkir seawal peringkat Kumpulan B, sekali gus mengundang pelbagai reaksi terutama dalam kalangan penyokong bola sepak negara.

Keputusan tersebut menyebabkan beberapa desakan daripada peminat dan bekas pemain kebangsaan yang mahukan barisan kepimpinan FAM melepaskan jawatan masing-ma­sing susulan prestasi kurang memuaskan skuad Harimau Malaya.

Setakat ini, hanya pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan yang disandang sejak 2017, manakala tiada individu lain tampil bertanggungjawab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI