fbpx

Kirti Kulhari minat kaum sejenis?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIRTI KULHARI

AKTRES jelita Kirti Kulhari berkongsi pengalamannya memegang watak sebagai seorang homoseksual dalam rancangan Human terbitan Disney+ Hotstar.

Sebagai persediaan menjayakan watak tersebut, Kirti harus melakukan banyak rujukan.

“Saya tidak pernah mencuba watak sebagai lesbian yang meminati kaum sejenis sebelum ini jadi saya teruja untuk menjayakan lakonan.

“Saya cuba mendalami watak itu dengan berkenalan dengan golongan tersebut untuk memahami gaya hidup mereka,” katanya.

Kirti juga meluahkan perasaan kebimbangan apabila terpaksa melakukan adegan cumbu bersama aktres Shefali Shah.

“Itu pengalaman berbeza apabila perlu mengadakan hubungan seperti itu dengan wanita, namun saya bersedia demi sisi berbeza,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI