fbpx

Rain digelar ‘kedekut’, tak belanja junior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIN

RAIN merupakan antara selebriti solo paling popular Korea Selatan, sekali gus mencapai kejayaan ketika era kegemilangannya. Namun, penyanyi itu  juga tidak dapat lari daripada terpalit kontroversi menjatuhkan.

Baru-baru ini, terdapat khabar angin mengatakan pelakon drama Ghost Doctor itu seorang yang kedekut dan tidak pernah belanja makan artis junior lain.

Terbaharu, agensinya, Sublime Artist Agency mengumumkan, syarikat itu menafikan perkara itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar gosip palsu itu.

“Kami sedar kewujudan satu video menyebarkan maklumat tidak tepat terhadap Rain, selain memfitnah serta menyerang dia secara peribadi.

“Pihak itu bertindak demikian kerana ingin popular di YouTube dengan berkongsi maklumat palsu.

“Justeru, kami akan bertegas dan mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga imej Rain,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI