fbpx

Makcik tunggang motosikal dalam kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi kejadian ketika seorang wanita menunggang motosikal dalam kedai makan. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita berstatus ‘makcik’ mendapat perhatian netizen gara-gara menunggang sebuah motosikal di dalam sebuah kedai makan, lapor laman berita Suara.com.

Video kejadian itu dimuat naik ke akaun TikTok bernama @ambius1.

Menerusi video yang dikongsikan, seorang wanita dilihat sedang menaiki motosikal di dalam kedai makan dengan berhati-hati.

Seorang pekerja lelaki cuba membantunya mencari jalan keluar dengan menunjukkan arah.

Rata-rata pelanggan kedai makan dilihat terkejut menyaksikan kejadian itu.

Wanita itu dilihat memandu pergi setelah menemui jalan keluar.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Makcik itu mesti mencari suaminya,’’ tulis seorang netizen.

“Saya bersumpah itu bukan ibu saya,” tulis netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI