fbpx

Imej pembalakan di Pos Bihai jauh dari habitat harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kiri) menandatangani plak perasmian sambil diperhatikan Abdul Khalim (kanan) di Taman Eko-Rimba Bukit Bakar Machang hari ini. FOTO: ROSLIZA MOHAMED

MACHANG – Orang ramai diminta agar tidak memanipulasi kes serangan harimau belang yang mengorbankan seorang lelaki Orang Asli di Gua Musang dengan sebarang gambar atau imej kegiatan pembalakan di kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JKNK), Abdul Khalim Abu Samah berkata, imej kesan kegiatan pembalakan hutan dirakam dron yang tular semalam bukan berdekatan habitat harimau atau perkampungan Orang Asli di Pos Bihai, Gua Musang.

“Saya nasihatkan orang ramai atau pengguna media sosial supaya tidak memanipulasi imej tersebut kerana lokasi pembalakan bukan berdekatan dengan habitat harimau atau lokasi serangan binatang buas itu.

“Jaraknya jauh antara lima hingga enam kilometer dari lokasi serangan, namun imej diambil menggunakan dron oleh pihak berkenaan menunjukkan jaraknya berdekatan,” katanya elepas Majlis Perasmian Taman Eko-Rimba Bukit Bakar di sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Terdahulu, tular satu imej kesan daripada kegiatan pembalakan hutan dirakam menggunakan dron aktivis alam sekitar didakwa sebagai habitat harimau yang terletak berdekatan dengan perkampungan orang asli di Pos Bihai, Gua Musang.

Imej daripada dron milik Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) itu dirakam semasa tinjauan pihak itu di lokasi berkenaan pada Isnin sehingga Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, Abdul Khalim berkata, hasil semakan mendapati, lokasi kejadian serangan harimau iaitu Pos Bihai merupakan kawasan penempatan Orang Asli yang berada di luar Hutan Simpanan Kekal (HSK) Perias.

Katanya, bagaimanapun, kawasan penempatan tersebut dikelilingi HSK tersebut.

“Sebahagian besar HSK Perias merupakan hutan pengeluaran dan terdapat beberapa bekas kawasan pembangunan ladang hutan di sepanjang laluan ke Pos Bihai.

“Kawasan ini sudah diwartakan sebagai Hutan Perlindkeungan (Hutan Tadahan Air) oleh Kerajaan Negeri Kelantan tiga tahun lalu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI