fbpx

Filipina perkukuh tentera, beli 32 helikopter Black Hawk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan sebuah helikopter jenis S-70i Black Hawk ketika diterbangkan. – Lockheed Martin

MANILA – Kerajaan Filipina akan membeli 32 buah helikopter jenis Black Hawk bernilai sekitar AS$620 juta (RM2.59 bilion) dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan ketenteraannya, lapor laman berita Wion News semalam.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzan berkata, helikopter jenis S-70i Black Hawk itu akan mula dibekalkan oleh sebuah firma dari Poland yang dimiliki oleh firma pertahanan aeroangkasa ternama Amerika Syarikat (AS), Lockheed Martin.

“Kekurangan pesawat pengangkutan dan helikopter tidak pernah menjadi sebegitu teruk seperti yang dihadapi semasa pandemik Covid-19 dan selepas Taufan Rai melanda,’’ katanya.

 “Ini diburukkan lagi dengan helikopter sedia ada jenis Huey yang sudah lama dan tidak ekonomi untuk dikekalkan,’’ tambah beliau.

Awal tahun lalu, kerajaan Filipina telah mendapatkan 16 buah helikopter jenis S-70i Black Hawk untuk menggantikan helikopter Bell UH-1H milik pasukan tentera udara. 

Kesemua armada helikopter Black Hawk tersebut dilarang untuk diterbangkan pada Jun tahun lalu berikutan nahas yang berlaku semasa latihan penerbangan pada waktu malam. 

Siasatan mendapati ia secara tidak sengaja diterbangkan memasuki kawasan ribut petir sehingga menyebabkan juruterbang sukar mengendalikannya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI