fbpx

Lonjakan bisnes awal tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELALUI program ini peserta akan lebih memahami impak pemasaran dan penjenamaan untuk meningkatkan lagi bisnes.

SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) akan menganjurkan Siri Klinik Usahawan Berani Bina Bisnes Berjaya Branding & Marketing Power 2022 dalam membantu bangsa usahawan melonjakkan bisnes pada awal tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd., program selama tiga hari tersebut terbuka kepada semua bangsa usahawan yang akan diadakan pada 4 hingga 6 Mac nanti.

Jelasnya, soal pemasaran dan penjenamaan merupakan salah satu perkara penting ditekankan dan merupakan kepakaran Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Peserta-peserta dapat lebih memahami impak pemasaran dan penjenamaan untuk meningkatkan lagi bisnes mereka.

“Jadikan produk atau servis anda pilihan pertama pelanggan, kuasai kawasan anda di samping jadikan jenama yang orang ingat,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Dalam pada itu, Radz menambah, bangsa usahawan termasuk penjaja, pengilang, pengasas bisnes mahupun ejen dan dropship yang serius malah komited dalam bisnes perlu hadir ke program tersebut.

“Ianya 100 peratus percuma yang ditaja sepenuhnya RichWorks untuk sokong dan bantu orang ramai untuk bangkit semula,” jelasnya.

Untuk keterangan lanjut, layari binabisnesberjaya.com sekarang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI