fbpx

Ramai tertunggu-tunggu siapa finalis GV8?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nikki Palikat (kiri) dan Adibah

PEJAM celik pejam celik, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) sudah tiba ke minggu separuh akhir.

Malam ini, seramai tujuh peserta bakal bersaing merebut tiket ke pentas akhir yang akan berlangsung pada minggu depan.

Suki Low, Nikki Palikat, Aliff Aziz, Adibah Noor, Aweera, Azan Scan dan Ani Mayuni. Itulah tujuh peserta yang bersaing pada konsert separuh akhir malam ini.

Memang berdebar menanti siapakah yang bakal melangkah ke pentas akhir. Ramai juga yang sudah membuat ramai senarai finalis.

Antara yang disebut ialah Suki, Nikki, Aliff, Aweera dan Adibah.

Namun tidak boleh juga mengetepikan kehebatan Azan dan Ani yang semakin hari menunjukkan peningkatan yang baik dalam setiap persembahan mereka.

Adakah ramalan lima finalis tersebut bakal menjadi kenyataan atau akan berlaku kejutan? Macam-macam boleh berlaku. Sama-sama kita nanti konsert separuh akhir pada malam ini.

DIVA: Dengarnya selepas tamat GV8, Big Stage musim baharu akan membuka tirai. Mencari Bintang Baru Nak Up (BBNU) paling hebat pula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI