fbpx

Kampung di India bebas tuala wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH perkampungan di India bebas tuala wanita menerusi kempen yang dijalankan. - Zee News Network

NEGERI KERALA, INDIA – Gabenor Kerala, Arif Mohammad Khan mengisytiharkan sebuah perkampungan di negeri itu menjadi kawasan pertama di India yang bebas daripada tuala wanita, lapor laman berita Wion News kelmarin.  

Perkembangan itu berlaku sebagai sebahagian daripada kempen berterusan yang dijalankan di kampung Kumbalangi.

Langkah tersebut dijalankan bagi memastikan akses kepada kebersihan haid dalam kalangan remaja perempuan dan wanita muda.

Sebagai ganti, hampir 5,000 ‘cawan haid’ diedarkan kepada wanita berusia 18 tahun ke atas.

Ahli Dewan Rendah Parlimen India yang dikenali sebagai Lok Sabha, Hibi Eden menjalankan kempen itu dengan kerjasama Akademi Pengurusan HLL (HMA) dan syarikat minyak India. 

Katanya, inisiatif tersebut dinamakan ‘Avalkayi’ yang bermaksud ‘untuknya (untuk wanita)’.

Gabenor negeri Kerala turut mengisytiharkan kampung tersebut sebagai model pelancongan pertama di India.

Kempen itu turut dilaksanakan melalui sebuah program pembangunan kawasan pedalaman dinamakan Pradhan Mantri Sansad Adarsh ​​Gram Yojana (SAGY). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI