fbpx

Muka surat komik Spiderman dilelong lebih RM14 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan halaman 25 komik Marvel Secret Wars No.8 yang dilelong pada harga AS$3.36 juta (RM14.04 juta) di Amerika Syarikat (AS). - Wion News

DALLAS, TEXAS – Ilustrasi satu muka surat komik Spiderman keluaran 1984 dijual pada harga AS$3.36 juta (RM14.04 juta) dalam satu lelongan di Amerika Syarikat (AS), dengan ramai orang menggelar Spiderman sebagai ‘wira lelongan terhebat di dunia’, lapor laman berita Wion News semalam. 

Bidaan tersebut melibatkan muka surat 25 komik Marvel  Secret Wars No.8 dengan pelukis komik, Mike Zeck pertama kali memperkenalkan Spiderman dalam sut hitam yang membawa kepada kemuculan Venom.

Bidaan memecahkan rekod itu yang bermula pada harga AS$330,000 (RM1.38 juta) sebelum melonjak kepada lebih AS$3 juta (RM12.54 juta), berlaku pada hari pertama acara lelongan komik oleh firma Heritage Auctions di Dallas, Texas.

“Halaman ini adalah pendedahan terbesar untuk muka depan. Di sinilah Peter Parker mendapat kostum hitam baharunya yang menarik,’’ kata firma lelongan tersebut mengenai muka surat 25 itu.

“Namun, kostum ini mempunyai penuh rahsia kerana tidak lama selepas itu, ia hidup dan mempunyai agenda tersendiri. Inilah asal usul watak Venom,’’ jelasnya.

Rekod lelongan halaman buku komik AS sebelum ini adalah milik The Incredible Hulk keluaran tahun 1974. 

Muka surat itu mencatat harga lelongan AS$657,250 (RM2.75 juta) dan memaparkan iklan acah kemunculan pertama watak adiwira Wolverine. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI