fbpx

426,305 pengguna manfaat inisiatif harga murah di PJKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kiri) membantu peniaga menggoreng ikan celup tepung pada PJKM peringkat Hulu Terengganu di ATC, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang dilancarkan sejak awal bulan lalu berjaya merekodkan jualan keseluruhan RM7.8 juta sehingga hujung minggu lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, sepanjang tempoh itu, PJKM telah diadakan di 274 lokasi di semua kawasan Parlimen seluruh negara.

“PJKM juga berjaya menarik 426,305 pengguna di sepanjang penganjuran di seluruh negara sejak awal bulan Disember tahun lalu.

“Ia sekali gus menetapi hasrat kerajaan untuk membantu golongan isu rumah khusunya B40 (berpendapatan rendah) membeli keperluan harian yang harga lebih murah,” katanya ketika ditemui pekarangan Pusat Dagangan Ajil (ATC) di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas melancarkan program Jualan Keluarga Malaysia peringkat Parlimen Hulu Terengganu.

Dalam perkembangan sama, Rosol berkata, PJKM peringkat Hulu Terengganu menawarkan ayam pada harga lebih mampu milik iaitu RM7.80 sekilogram.

Jelas beliau, ia jauh lebih murah daripada harga siling pasaran iaitu RM9.10 sekilogram yang ditetapkan dalam Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) sehingga 4 Februari depan.

“Begitu juga dengan barangan keperluan lain. PJKM boleh menjual pada harga lebih murah kerana ia diambil terus dengan harga pemborong,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI