fbpx

Rombongan kahwin sesat berjemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan satu konvoi kereta yang tersesat ketika menghadiri sebuah rombongan perkahwinan. - TikTok

JAKARTA – Satu konvoi terdiri daripada beberapa buah kereta yang hendak bertandang ke rumah pengantin perempuan mendapat perhatian netizen di media sosial gara-gara tersesat secara berjemaah, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik ke akaun TikTok bernama @ayum4rini.

Rakaman menunjukkan beberapa buah kereta berwarna putih diparkir di tepi jalan.

Disebabkan jalan yang dilalui mereka dipenuhi  pokok-pokok tinggi, konvoi itu berhenti kerana dikhuatiri sesat.

Mereka turun dari kereta untuk bertanyakan jalan kepada orang lalu lalang selepas terlepas daripada mengekori sebuah kenderaan yang sepatutnya menunjukkan jalan.

Akhirnya, ahli keluarga pengantin perempuan tiba di lokasi tersebut untuk membantu mereka.

Netizen mula memberikan komen di akaun tersebut.

“Nasib ramai, kalau tidak makin lama sesat,’’ tulis seorang netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI