fbpx

Jasad mendiang Shebby Singh dibawa ke Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasad mendiang Shebby Singh dimuatkan dalam kenderaan sebelum dibawa ke Kuala Lumpur untuk diuruskan mengikut adat istiadat masyarakat Punjabi.

JOHOR BAHRU – Jasad mendiang Shebby Singh atau nama sebenarnya Serbegeth Singh, 61, dibawa ke Kuala Lumpur untuk diuruskan mengikut istiadat masyarakat Punjabi di Pusat Pembakaran Mayat Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Jasad mendiang bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat bertolak daripada Taman Nesa, di sini kira-kira pukul 7 pagi, hari ini.

Menurut anak lelakinya, Sonuljit Singh, 32, keluarga telah membuat keputusan untuk semua urusan dilaksanakan di Kuala Lumpur kerana mendiang telah lama menetap di sana.

“Kerana lebih 40 tahun dia menetap di sana, membina karier dan bermain bola sepak di sana, jadi kesemua majlis akan diadakan di Kuala Lumpur,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Kelmarin, Shebby Singh dilaporkan meninggal dunia ketika sedang berbasikal bersama rakan-rakannya di kawasan Sunway Iskandar, Iskandar Puteri kira-kira pada pukul 7 malam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI