fbpx

Demi bonus, suami isteri sanggup beli sijil vaksin palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR GAJAH – Sepasang suami isteri yang merupakan penjawat awam diberkas selepas dipercayai membeli sijil vaksinasi Covid-19 palsu berharga RM1,000 kelmarin.

Pasangan berusia 38 dan 33 tahun itu ditahan pada pukul 4 petang selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di sini. Turut diberkas rakan sejabatan mereka berusia 58 tahun disyaki ahli sindiket pemalsuan sijil digital tersebut.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang penjawat awam yang curiga dengan sijil dimiliki pasangan terbabit.

Sebelum laporan dibuat, pengadu mendapatkan pengesahan dari Klinik Kesihatan Rembia mengenai status vaksinasi pasangan tersebut sebelum disahkan kedua-dua penama tidak pernah menerima vaksin di situ.

“Laporan dibuat kerana pengadu berasa pasangan itu telah menipu jabatan dengan mengemukakan sijil digital palsu di dalam aplikasi Mysejahtera,” katanya.

Hasil soal siasat, pasangan suami isteri itu mengaku membeli sijil digital tersebut daripada rakan sejabatan mereka pada harga RM500 setiap satu untuk mendapatkan bonus tahunan.

Siasatan mendapati sijil digital palsu tersebut dijual pada harga RM300 sehingga RM500 setiap satu.

Polis kini memburu dalang sindiket itu yang digelar ‘Vnilai’. Tiga suspek itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI