fbpx

Pembantu penguat kuasa MPS didakwa rasuah RM5,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus Azad (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seorang pembantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas sembilan pertuduhan termasuk pilihan rasuah berjumlah RM5,500 bagi mendapatkan permit tahunan sementara sebuah syarikat, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Firdaus Azad Ab. Hamid, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa atas tiga pertuduhan memperoleh rasuah RM5,500 manakala tiga lagi meminta suapan dengan kesemuanya daripada seorang pengarah sebuah syarikat sebagai dorongan untuk membantu mendapatkan permit tahunan sementara untuk syarikat itu.

Bagi kesalahan memperoleh suapan, dia dakwa mengikut Seksyen 17(a) manakala meminta dibawah Seksyen 16a(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Firdaus yang mempunyai pendapatan bulanan RM2,000 turut didakwa tiga lagi pertuduhan pilihan menerima wang RM5,500 tanpa balasan untuk tujuan dan syarikat sama. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI