fbpx

Mainj salur RM3 juta bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tosrin menampalkan pelekat kenderaan konvoi bantuan banjir pada Majlis Pelepas Misi Bantuan Pasca Banjir "Kami Bantu Banjir Johor" di Segamat dan Muar di Kompleks Islam Iskandar, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj) memperuntukan RM3 juta bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di daerah yang terkesan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM305,000 disampaikan kepada Pejabat Daerah Segamat, diikuti Pejabat Daerah Tangkak (RM268,500) dan Pejabat Daerah Muar (RM168,500).

Beliau berkata, peruntukan sama juga akan digunakan untuk membaik pulih enam buah masjid yang terjejas teruk iaitu tiga buah masjid di Segamat diikuti Tangkak (2) dan Muar (1).

“Bagi masjid yang mengalami kerosakan akan menerima peruntukan minima sebanyak RM30,000 manakala bagi surau pula akan menerima bantuan RM10,000. Kejadian banjir menyebabkan permaidani masjid dan surau sudah tidak boleh digunakan lagi.

“Bantuan yang disalurkan ini adalah dalam bentuk wang tunai dan juga barangan. Peruntukan sebanyak RM3 juta ini dipercayai mampu memanfaatkan kepada 500 hingga 800 mangsa banjir yang terkesan.

“Peruntukan yang diberikan ini adalah bantuan awalan. Sekiranya jumlah RM3 juta ini tidak mencukupi, MAINJ akan memberikan peruntukan tambahan untuk membantu lebih ramai mangsa banjir,” katanya pada Majlis Pelepas Misi Bantuan Pasca Banjir “Kami Bantu Banjir Johor” di Segamat dan Muar.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI