fbpx
Hasan (kiri) bersama Dr. Mohd. Roslan (dua dari kiri) menunjukkan dokumen perjanjian di Serdang baru-baru ini.

Kerjasama GSPARX, UPM pasang sistem solar PV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn. Bhd. (GSPARX) telah menjalin kerjasama strategik dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, usaha sama melalui pemasangan sistem solar PV itu akan meluaskan lagi ciri-ciri kelesta­rian institusi pengajian pinggi awam (IPTA) tersebut.

Menurut beliau, melalui Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE), GSPARX akan memasang sistem solar di 16 tapak merangkumi pelbagai bangunan termasuk masjid, bumbung parkir.

Ia turut melibatkan projek solar terapung iaitu Hidroponik-Aquavoltaic Bersepadu Skala Besar Pertama bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan modal insan, sekali gus menjadikan ia sebagai satu projek solar terbesar di IPTA.

Menurutnya, kerjasama GSPARX-UPM itu adalah antara manifestasi sokongan penuh TNB terhadap agenda kerajaan untuk mencapai pengurangan intensiti pelepasan karbon, me­lalui komitmen hala tuju ke­lestarian TNB ke arah pelepasan sifar bersih menje­lang tahun 2050.

“Di samping melaksanakan tanggungjawab terhadap alam sekitar dan menjadi sebahagian daripada inisiatif menangani perubahan iklim, ia juga seiring dengan aspirasi TNB untuk menjadi pembekal terunggul solusi tenaga mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani SARE di UPM baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Retail TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan dan Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

Hasan menjelaskan, melalui pemasangan sistem solar berkapasiti 16.18MWp di 16 lokasi sekitar UPM itu, universiti berkenaan bakal menikmati penjimatan bil elektrik sebanyak RM114 juta untuk tempoh 25 tahun.

Kerja-kerja pemasangan pa­nel solar dijangka siap menjelang Julai 2022.

Selain itu, pemasangan panel solar di UPM itu mampu mengurangkan 14,655 tan metrik karbon dioksida setahun iaitu bersamaan pembebasan asap 3,187 buah kenderaan setahun.

POPULAR