fbpx

Jangkitan baharu melebihi kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,292 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,726,891 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian pula mencatatkan 3,684 kes termasuk 321 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,798,917 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, 34 kes (0.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 3,650 kes (99.1 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat lapan kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster tamat sebanyak 6,014 kluster serta 178 kluster aktif dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 192 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI