fbpx

Pemandu maut, lori sarat muatan tanah terbabas di tapak kuari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori yang dipandu mangsa selepas terjatuh di dalam gaung di tapak kuari Bukit Mak Lipat, Jerus dekat Pasir Puteh hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

PASIR PUTEH – Seorang pemandu lori maut selepas lori sarat dengan muatan tanah yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke gaung di tapak kuari Bukit Mak Lipat, Jerus di sini hari ini.

Mangsa, Mohd. Dali Mohd. Yunus, 53, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu lori tiga tan pada pukul 11.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu lori jenis Isuzu sedang dalam perjalanan turun dari kawasan bukit itu.

Menurutnya, selesai mengisi tanah di dalam muatan lori, mangsa yang berasal dari Kampung Serdang Muda, Melor dekat Kota Bharu menuruni bukit sebelum dipercayai gagal mengawal kenderaan berat itu semasa tiba di kawasan selekoh.

“Insiden itu menyebabkan lori tersebut terbabas ke sebelah kanan lereng bukit sehingga mangsa tersepit di tempat duduk pemandu selain cedera pada bahagian belakang kepala, tangan dan kaki kanan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk dibedah siasat, katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI