fbpx

Ibu muda jual buah sambil gendong anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut memikul tiga bakul berat bersama seorang bayi yang digendong pada bahagian hadapan dan diikat dengan kain. – Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menyentuh hati netizen selepas dirakam sedang memikul tiga bakul berisi buah-buahan sambil menggendong bayi, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Berdasarkan video yang dikongsikan di Instagram, wanita yang kelihatan masih muda dan cantik itu dipercayai berjalan di sebuah ladang sambil memikul tiga bakul berat bersama seorang bayi yang digendong pada bahagian hadapan dan diikat dengan kain.

Wanita itu berjalan dengan pantas, menunjukkan bahawa dia sudah biasa dengan laluan di situ meskipun dalam keadaan tanah merah yang lembap dan berbatu.

“Berbaktilah kepada orang tua. Bahagiakan mereka selagi mereka masih hidup. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan anak yang derhaka kepada orang tua,” tulis keterangan pada hantaran tersebut.

Perkongsian itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Wanita yang kuat,” kata seorang netizen.

“Saya pernah berada di posisi itu,” ujar seorang pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI