fbpx
Menu yang disediakan di restoran makanan segera disukai ramai rakyat Malaysia. – GAMBAR HIASAN

Hidangan sedap buatkan pelanggan rasa ‘ketagih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kelazatan hidangan makanan segera membuatkan ramai pelanggan setia seolah-olah ‘ketagih’ dan sentiasa mahu menikmatinya.

Seorang penggemar makanan segera, Nur Atikah Adriana Md. Teridi, 25, berkata, ramai rakyat Malaysia menyukai makanan segera terutama golongan kanak-kanak dan remaja.

“Dalam setiap hidangan terdapat perasa tambahan yang digunakan untuk menyedapkan lagi makanan tersebut.

“Rasa yang sedap itu menyebabkan pengguna tidak lagi mempedulikan konsep makanan seimbang atau harganya yang mahal, asalkan memberi kepuasan dan mengikut cita rasa,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Nur Anati Mohamad Yani, 23, berkata, dia gemar mengunjungi restoran makanan segera kerana mempunyai pelbagai hidangan menarik yang memenuhi cita rasa.

“Rata-rata restoran ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin dan tahap kebersihan amat memuaskan jika diban­dingkan dengan kedai makan atau restoran lain.

“Selain itu, kualiti makanan yang disediakan akan tetap sama sejak saya kecil dan sampai sekarang pun rasanya tidak pernah berubah,” katanya.

Nur Amanina Mohamad Yani, 28, pula memberitahu, kuantiti hidangan bagi setiap menu yang dipesan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

“Tak pernah rasa tidak ke­nyang setiap kali makan makanan segera sebab kuantiti makanan cukup berbaloi.

“Saya mengaku harga di restoran makanan segera sering berlaku peningkatan dan terdapat juga caj tambahan lain se­perti cukai perkhidmatan bagi setiap pembelian.

“Saya sebagai pelanggan kurang sedar jika ia berlaku, mungkin tidak rasa menyesal dengan hidangan yang disediakan berbanding di kedai-kedai makan lain yang sebahagian rasanya biasa sahaja,” ujarnya.

Nur Amanina berkata, dia tidak kisah jika harga sesuatu makanan mahal, tetapi perlu di­selaraskan dengan rasa dan kua­liti makanan yang sama berbaloi agar pelanggan akan ber­puas hati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN