fbpx

Asteroid besar lintasi bumi tak berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASTEROID besar dijangka melepasi Bumi minggu depan dikatakan berada dalam jarak selamat dan tidak berbahaya. –GAMBAR HIASAN

ASTEROID besar yang dianggarkan sepanjang 1 kilometer (km) dijangka melintasi Bumi minggu depan.
Pakar mengatakan, fenomena asteroid itu dikatakan akan melintasi Bumi pada 18 Januari ini.

Agensi berita CNN melaporkan, dikenali sebagai 7482 (1994 PC1), ia pertama kali ditemui pada tahun 1994 oleh seorang ahli astronomi, Robert McNaught dari balai cerap Siding Spring, Australia.

Dalam pada itu, pakar menjelaskan, penduduk Bumi tidak perlu risau kerana asteroid itu berada pada kedudukan yang sangat selamat dan tidak mendatangkan bahaya.

Ia dikatakan akan meluncur pada jarak 1.93 juta km dari Bumi.

Menurut laporan daripada Science Alert, asteroid itu juga berpotensi untuk tidak berlanggar dengan asteroid lain dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, asteroid berkenaan turut dipercayai pernah menghampiri Bumi pada 89 tahun lalu iaitu pada 17 Januari 1933 dan jaraknya kira-kira 1.2 juta kilometer dari Bumi.

Tambahan pula, dianggarkan bahawa asteroid itu juga akan berada dalam jarak yang sama dengan Bumi pada 18 Januari 2105.

Kejadian itu juga dikatakan membolehkan ahli astronomi untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya yang dikatakan berada dalam kumpulan asteroid Apollo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI