fbpx

Abang Viva dapat hadiah superbike

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Viva bersama sebuah motosikal Yamaha XJ6 yang dihadiahkan seorang individu.

PETALING JAYA – Rezeki Abang Viva semakin melimpah-ruah apabila telah menerima hadiah sebuah motosikal berkuasa tinggi bernilai RM39,000 atas jasanya membantu mangsa banjir baru-baru ini.

Abang Viva atau nama sebenar, Azwan Omar 30, telah menerima sebuah jentera jenis Yamaha XJ6 Diversion dan beberapa aksesori.

Berdasarkan perkongsian gambar di laman sosial, motosikal itu dihadiahkan oleh seseorang sebelum diserahkan oleh sebuah kedai motosikal terkenal di Shah Alam.

“Buat baik dibalas baik”, kata pihak kedai motosikal terkenal di Shah Alam dalam kenyataan.

Sebagai penghargaan terhadap usaha murni itu, pihak kedai motosikal terkenal itu turut menaja beberapa aksesori antaranya adalah topi keledar, jaket dan beg untuk Azwan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berasa gembira kerana Azwan menerima rezeki yang tanpa diduga.

“Memang rezeki tidak salah alamat. Alhamdulillah rezeki Allah macam-macam bentuk untuk kita semua,” jelas @Wanboss.

“Semoga dimurahkan rezeki kepada orang yang hadiahkan Abang Viva kita ini,” kata @KamalrudinZulkifli. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI