fbpx

Polis siasat majlis anjuran parti politik langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa individu didakwa tidak memakai pelitup muka ketika berada dalam majlis berkenaan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah membuka kertas siasatan terhadap sebuah majlis dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) di Jalan Tun Ismail, Chow Kit, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan satu gambar tular dimuat naik seorang pengguna di media sosial berkaitan pelanggaran SOP sebuah majlis.

“Siasatan awal polis mendapati terdapat beberapa individu yang tidak memakai pelitup muka dan melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 di majlis itu.

“Susulan itu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 21(a) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 16(1) Kawalan Pergerakan Penyakit Berjangkit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan tindakan undang-undang akan diambil jika ingkar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN