fbpx

Polis Kelantan terima 5 unit alat telekomunikasi TMR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (duduk) menguji alat telekomunikasi TMR yang digunakan pada bot polis marin di ICQS, Pengkalan Kubor dekat Tumpat hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

TUMPAT – Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) Kelantan menerima lima unit alat perhubungan telekomunikasi atau Transportable Mobile Radio (TMR) daripada kerajaan untuk digunakan semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kejadian bencana di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, TMR jenis Motorola APX2500 bernilai RM140,000 itu akan digunakan anggota polis terlatih ketika mengendalikan peralatan tersebut secara lebih meluas.

“Fungsi TMR lebih baik daripada walkie-talkie sekali gus memudahkan polis dalam urusan komunikasi dengan jelas. Ia boleh digunakan untuk siasatan dan laporan berkaitan kejadian bencana seperti banjir atau tanah runtuh di pedalaman atau sempadan.

“Ia mempercepatkan kerja-kerja SAR sekiranya berlaku sebarang bencana. Saya akui polis Kelantan kadangkala menghadapi masalah perhubungan terutamanya di kawasan sempadan negara dan pedalaman seperti di Gua Musang dan Jeli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat sesi latihan alat Transportable Mobile Radio (TMR) di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Pengkalan Kubor di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI