fbpx

Kutuk rakan sekolah, Minchan teruk dihentam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINCHAN

AKIBAT terlalu seronok bercerita perihal orang lain sehingga tidak memikirkan soal adab, penyanyi Minchan teruk dikecam netizen baru-baru ini.

Segalanya bermula selepas dia membuka cerita tentang seorang pelajar senior di sekolahnya yang merupakan seorang selebriti ketika itu.

Ujar Minchan, tanggapannya terhadap selebriti bagaimanapun berubah disebabkan pelajar terbabit. Minchan mendakwa, pelajar perempuan itu tidaklah secantik mana.

“Sebenarnya dia sama saja macam saya. Sejujurnya, dia tidak ada pesona visual yang memukau. Selepas jumpa dia, saya sedar bahawa selebriti pun manusia biasa juga.

“Cuma ada benda yang hebat tentang dia. Dia datang ke sekolah naik van putih. Nama kumpulannya bermula dengan huruf ‘b’,” katanya.

Dek keceluparannya, Minchan dikecam kerana memperlekehkan orang lain, selain tidak menggelar wanita itu dengan panggilan senior.

Selepas dikecam kerana berperangai jelik dan bersikap buruk, Minchan tampil membuat permohonan maaf dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam menjaga tutur kata selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI