fbpx

Dendam punca kaki ditetak hingga hampir putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (kanan) melihat peralatan TMR yang digunakan anggota polis ketika sesi latihan alat telekomunikasi itu di ICQS, Pengkalan Kubor, Tumpat hari FOTO ROSLIZA MOHAMED

TUMPAT – Kejadian seorang lelaki yang ditetak penyamun bertopeng semasa sedang tidur bersama temannya di sebuah rumah Kampung Bunut Rendang, Pasir Puteh, Jumaat lalu dipercayai bermotifkan dendam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian itu disyaki mempunyai kaitan antara mangsa, suspek dan seorang wanita yang terlibat dalam kes tersebut.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti suspek utama yang terlibat dalam kes itu dan tangkapan akan dilakukan dengan segera.

“Berdasarkan siasatan, polis percaya lebih daripada dua orang suspek terlibat dalam kes tersebut. Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes itu masih giat dijalankan.

“Mangsa yang berusia 27 tahun itu kini dilaporkan stabil dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat sesi latihan alat Transportable Mobile Radio (TMR) di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Pengkalan Kubor di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI