fbpx
Abu Zahar bercakap pada sidang akhbar berkaitan isu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di SPRM Putrajaya hari ini. FOTO : FAISOL MUSTAFA

Abu Zahar dukacita tindakan enam anggota LPPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang melahirkan rasa dukacita terhadap kenyataan media oleh enam anggota LPPR pada 8 Januari lalu.

Menurutnya, beliau percaya kenyataan media oleh enam anggota LPPR itu dilakukan atas dasar reaksi tidak popular daripada satu golongan pihak.

Ujarnya, beliau mendapati kesemua enam anggota LPPR itu telah mengadakan mesyuarat terlebih dahulu pada 8 Januari lalu tanpa memberitahunya sebelum mengeluarkan kenyataan media berkenaan.

“Saya berpendapat kenyataan media yang dibuat oleh enam anggota LPPR itu amatlah dikesali.

“Kami (LPPR) sebenarnya telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan perjumpaan tertutup pada hari ini pukul 10 pagi di Pejabat Akademi SPRM, Jalan Duta, Kuala Lumpur,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, enam ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) memaklumkan, kenyataan Abu Zahar berhubung dakwaan pemilikan saham dan kepentingan dalam syarikat oleh Azam adalah pendapat peribadi pengerusi lembaga penasihat itu. – K! ONLINE

POPULAR