fbpx

Tolak pencen demi bantu lahir usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUAN MUHAMMAD NURZULHISHAM nekad bersara awal bagi membantu isteri menguruskan perniagaan.

MENJAWAT jawatan dalam perkhidmatan kerajaan pasti menjadi impian ramai kerana kelebihan dan manfaat yang diperolehi sebagai kakitangan awam. 

Lebih dari dua dekad memegang jawatan sebagai juruteknologi makmal perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan pastinya membuatkan lelaki ini sudah cukup selesa dengan apa yang dikurniakan. 

Bagi pemilik nama sebenar Tuan Muhamad Nurzulhisham Tuan Ismail, 40, dia bersyukur akan rezeki yang sudah tertulis buatnya hingga ke detik ini. 

Pun begitu, kasihan melihat bidadari syurganya berhempas pulas menguruskan perniagaan seorang diri, terdetik pada naluri paling dalamnya untuk membantu apa yang terdaya. 

Puas berfikir masak-masak dan tetap dengan pendirian, Tuan Muhamad Nurzulhisham nekad mengambil keputusan untuk bersara lebih awal daripada perkhidmatan awam demi membantu isterinya mempertahankan legasi perniagaan dibina.

1. Bagaimana saudara boleh terdetik untuk terlibat dengan perniagaan Moksumall sekali gus mengambil keputusan untuk bersara lebih awal dalam perkhidmatan?

Saya terdetik untuk bantu isteri sebab tengok isteri betul-betul bertungkus-lumus menaikkan perniagaan sejak tiga tahun lalu. 

Kepenatan isteri bukan saja pada kerja sebagai pengasas syarikat, tetapi turut berkorban untuk mengasuh anak kecil.

Saya nekad dan ambil keputusan untuk bersara awal kerana bukan senang melihat isteri hendak terus kekalkan perniagaan. Jadi daripada situ, saya dapat bantu sumbangkan tenaga dan juga buah fikiran bagi mengembangkan lagi perusahaan.

2. Apa matlamat, visi dan misi syarikat selain fokus dalam membantu melahirkan lebih ramai usahawan berjaya seperti saudara?

Kalau ditanya tentang itu, sudah pasti matlamat utama kami adalah untuk melahirkan seramai mungkin usahawan dalam kalangan bumiputera yang mahu mengubah nasib hidup. 

Tidak setakat itu, syarikat juga fokus untuk bergerak berdaya maju sebagai satu platform perniagaan yang mampu menghasilkan dan menawarkan produk berkualiti tinggi setara produk luar negara.

Bukan itu sahaja, barisan produk yang kami keluarkan seperti kapsul herba dan JK Love Coffee juga kami tawarkan pada harga paling murah dengan kualiti premium tersendiri.

ISTERI tercinta, Norshaznina Ibrahim menjadi penguat semangat buat lelaki kelahiran Kelantan ini melebarkan sayap perusahaan ke peringkat lebih tinggi.

3. Sepanjang beberapa tahun berada dalam arena perniagaan, apa cabaran terbesar yang pernah saudara hadapi dan strategi syarikat bagi memastikan produk kekal relevan serta terus diterima?

Sepanjang tiga tahun perniagaan, cabaran utama yang pernah dilalui adalah dari segi merekrut ejen dan pengedar lebih-lebih lagi selepas pandemik maut Covid-19 membadai dunia. 

Cabaran dapat dilihat dari segi perjumpaan, kelas bimbingan, seminar dan bengkel-bengkel berkaitan pemasaran dan keusahawan yang kita biasa jalankan sebelum itu. 

Cabaran lain dari sudut mengekalkan barisan produk agar sentiasa diterima ramai. 

Antara strategi yang digunakan adalah dengan menggunakan kaedah offline dari segi memantapkan pemasaran dan pengedaran produk secara berterusan. 

Kami juga kerap turun padang dengan memberikan tester produk secara percuma dan konsisten kepada sesiapa sahaja di beberapa lokasi terpilih. 

 

4. Difahamkan saudara dan isteri tercinta selaku pengasas Moksumall telah merekrut ribuan ejen dan melahirkan ramai usahawan dalam kalangan bumiputera hingga ke saat ini?

Alhamdulillah diam tidak diam kami suami isteri sudah berjaya merekrut dan berkongsi rezeki kepada lebih daripada 4,000 ejen di seluruh negara.

Ini semua berkat kesabaran isteri dibantu kakitangan termasuk semua ejen yang tidak pernah jemu memasarkan barisan produk keluaran Moksumall. 

Insya-Allah kami sentiasa membuka peluang dan ruang bagi sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dan menjadi usahawan bersama kami. 

SOKONGAN barisan staf, stokis dan pengedar banyak membantu memacu perniagaan yang diuruskan pasangan suami isteri ini.

 

5. Perancangan syarikat bagi tempoh lima ke 10 tahun akan datang dan tip bagi anak muda yang berminat dalam bidang keusahawanan?

Bagi perancangan masa akan datang, kami mahu luaskan dan memberi fokus kepada pembukaan cawangan Moksumall di setiap negeri menerusi stokis yang dilantik. 

Fokus lain juga kami taruhkan kepada merekrut dan berjaya mencipta pasukan yang hebat untuk menguruskan selok-belok perniagaan.

Tip bagi anak muda sama seperti prinsip hidup saya iaitu kejayaan hanya untuk orang yang berani berimpian dan bertindak, bukan hanya berserah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI