fbpx

Permit 33 bazar Ramadan MBSA dibuka mulai Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Permohonan bazar Ramadan di 33 lokasi tapak dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dibuka selama sebulan bermula Isnin depan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, permohonan itu boleh dilakukan secara dalam talian sehingga 16 Februari depan untuk pengeluaran permit bazar berkenaan.

Katanya, orang ramai perlu mengisi borang permohonan atas talian dan memuat naik salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum proses pendaftaran dilaksanakan.

“Sebanyak 33 lokasi tapak bazar disediakan MBSA pada tahun ini.

“Antara lokasi tapak bazar tersebut adalah di Seksyen 6, 7, 8, 16,17, 18,19, 20, 24, 25, 27, 28, 31,33, 35, U2, U3, U5, U8, U10, U13, U19 dan U20,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kadar bayaran permit adalah dibahagikan mengikut jenis jualan dengan minuman balang dan makanan sebanyak RM207 ; makanan (bergoreng), air kelapa dan tebu serta jualan berbakar berjumlah RM237 manakala ayam golek (RM297).

“Mereka boleh melakukan permohonan menerusi laman https://bazar.mbsa.gov.my. atau menghubungi Jabatan
Pelesenan di talian 03-55105133 samb. 1700/1762/1486/1699/1317/1366,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI