fbpx

Kim Chae-hyun kena ‘body shaming’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM CHAE-HYUN

KUMPULAN Kep1er memulakan debut mereka dengan jayanya pada 3 Januari lalu sehingga setiap ahlinya mendapat perhatian daripada khalayak.

Baru beberapa minggu memulakan debut, timbul pula kisah tidak enak yang berlaku terhadap salah seorang anggotanya, Kim Chae-hyun apabila netizen melakukan perbuatan ‘body shaming’ atau menghina bentuk badannya.

Semuanya berlaku selepas sebuah video dirakam peminat memperlihatkan lemak perut Chae-hyun menjadi perhatian ramai. Bagaimanapun ada juga peminat tampil mempertahankan penyanyi itu.

“Ini sangat teruk. Dia kurus dan sangat cantik,” kata netizen.

“Dia sangat kurus, apa yang kalian cakapkan ini?” soal seorang lagi peminat.

“Kalau awak kurus macam mana sekalipun, tapi kalau pakai baju ketat, sudah semestinya kulit akan jadi begitu,” pertahan seorang peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI