fbpx

Empat sungai di Johor melebihi tahap bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Muar. - Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak empat sungai di Johor merekodkan paras air melebihi tahap bahaya setakat pukul 7.30 pagi ini.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Muar di Liang Batu, Muar pada 2.13 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.18 meter.

“Sungai Muar di Panchor, Muar paras air 2.17 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.04 meter dan dijangka semakin menaik.

“Sementara itu, Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar paras air 2.94 meter melebihi tahap bahaya 0.59 meter,” katanya.

Menurut portal tersebut, paras air Sungai Muar di Buluh Kasap, Segamat pada 9.16 meter pula telah melebihi tahap bahaya 0.02 meter.

Bagaimanapun, hanya paras air Sungai Muar di Liang Batu menunjukkan trend menaik, manakala selebihnya menunjukkan trend menurun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI