fbpx

Djokovic bersuara pertahan hak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC mendakwa pengecualian kesihatan yang diperoleh apabila dia baharu sembuh daripada jangkitan Covid-19 dan belum mencapai tempoh untuk mendapatkan vaksin. – AFP

MELBOURNE, Australia – Pasukan peguam pemain tenis No.1 dunia, Novak Djokovic mendedahkan bahawa anak guamnya itu telah diberikan pengecualian vaksin Covid-19 untuk bertanding di Terbuka Australia.

Tegas peguam itu, penge­cualian itu diberikan apabila Djokovic baru sahaja pulih daripada jangkitan Covid-19 pada Disember lalu sekali gus tiada masalah untuk memasuki Australia

Djokovic kini ‘dikurung’ di sebuah hotel yang menjadi pusat tahanan sementara di Melbourne ketika dia cuba menggunakan saluran undang-undang untuk mencabar pembatalan visanya menjelang kejohanan Terbuka Australia.

“Djokovic telah menerima surat pada 30 Disember lalu oleh Pegawai Perubatan Tenis Australia yang merekodkan bahawa Djokovic telah diberikan pengecualian perubatan untuk menerima vaksin atas alasan baru pulih daripada Covid-19.

“Tarikh positif pertama ujian PCR dilaporkan pada 16 Disember 2021 dan selepas itu tidak menunjukkan tanda-tanda demam atau gejala pernafasan sebelum kemudiannya memohon pengecualian perubatan untuk bertanding di Terbuka Austra­lia,” kata satu kenyataan.

Perkara itu didedahkan oleh pasukan peguam Djokovic menerusi kenyataan 32 muka surat kepada Mahkamah Persekutuan berkaitan rayuan membatalkan visa pemain Serbia itu.

Pada minggu lalu, peguam berkenaan mendakwa Austra­lia menahan Djokovic selama lapan jam di lapangan terbang sebelum membatalkan visanya serta menghantar pemain itu ke pusat tahanan.

Sebagai rekod, Djokovic tiba di Australia pada Rabu lalu tetapi kehadirannya telah dihalang oleh pihak imigresen kerana gagal memiliki alasan kukuh untuk tidak mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 walaupun mendapat penge­cualian perubatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI