fbpx

21 projek KDN bernilai RM558.7 juta diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah.

KAJANG – Sejumlah 21 projek naik taraf dan pembangunan fizikal baharu membabitkan agensi keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bernilai RM558.7 juta sudah mendapat kelulusan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, daripada projek berkenaan, 10 projek merupakan projek pembangunan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ia melibatkan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga, Sarawak; pembinaan 18 Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Selangor; membina semula Jeti Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Muar, Johor dan pembinaan Balai Polis Kuala Penyu Beaufort, Sabah.

“Selain itu, ia membabitkan pembinaan 10 Unit Kuarters Balai Polis Pulau Redang, Terengganu; pembinaan Pondok Polis Kampung Pimping, Membakut, Sabah; perolehan tanah bagi pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan IPK Perak serta menaik taraf fasiliti PDRM.

“Baki 11 lagi projek diperuntukkan untuk agensi keselamatan lain seperti Jabatan Penjara (JPM), Jabatan Imigresen (JIM), Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM),” ujarnya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pejabat dan Pusat Latihan Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM di Batalion 4 PGA Semenyih, di sini hari ini.

Turut hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Hazani Ghazali.

Menurut Hamzah, kerajaan turut meluluskan empat projek bagi JPM membabitkan pembinaan Kompleks Latihan Tenun Pahang Diraja, Pahang; tangki air di Penjara Kajang; menaik taraf Pusat Asingan dan Penempatan Banduan, Blok Peralihan serta Blok Penempatan Penjara Simpang Renggam, Johor selain menaik taraf sistem kumbahan di penjara itu.

“JIM menerima tiga projek yang kesemuanya di Sarawak iaitu menaik taraf Kompleks ICQS Tebedu, Serian; pembinaan pos dan kuarters Telok Melano di Sematan serta Serikin di Bau.

“Kita juga meluluskan tiga projek ESSCOM di Sabah iaitu pembinaan Pos Manalunan, Kinabatangan; Pos Simanggaris, Kalabakan dan membina semula Pos Kuala Meruap, Lahad Datu manakala satu projek di bawah APMM membabitkan penaiktarafan Lapang Sasar Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, Pahang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI